Khamis, 8 Julai 2010

MAJLIS LEGASI PENDEKAR SERANTAU PERAK

Baru-baru ini pihak MRSM Pasir Salak dengan kerjasama PSGSM Cawangan Negeri Perak telah mengadakan Majlis Penyampaian Bengkong dan Sandang kepada anak-anak gayong yang telah lulus dalam ujian kenaikan bengkong...Majlis tersebut telah berlangsung seperti maklumat berikut :

Tarikh: 16 Mei 2010

Tempat: Dewan Besar Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
Cawangan Sg. Siput ( U )
Masa: 2.00 ptg - 5.30 ptg

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan anugerah kepada pesilat-pesilat MRSM dan juga Gelanggang-gelanggang dari luar. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan semangat untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang tertinggi serta mengekalkan tradisi dan budaya Melayu supaya tidak dipinggirkan. Perhimpunan ini juga telah mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara pesilat-pesilat dan juga guru-guru lama.

Majlis ini turut disertai oleh WARIS AMANAH MAHAGURU Gayong Serantau Malaysia Dato` WAN AHMAD FAUZI sebagai perasmi dan barisan AJK PUSAT dari Gayong Serantau Malaysia seperti Cikgu Mufti, Cikgu Amin, Cikgu Kamal ,Cikgu Ahmad Ayazi( Suami kepada Allahyarhamah Puan Siti Kalsom binti Meor Abdul RAhman), Cikgu Radhi dan Cikgu Kamal dari Sabak Bernam serta beberapa orang lagi guru-guru lama yang sudi hadir ke majlis tersebut...TERIMA KASIH CIKGU!!!!

Gelanggang-gelanggang lain yang turut terlibat bersama-sama adalah dari Universiti Teknololgi Petronas Seri Iskandar, Politeknik Ungku Omar, Sek. Men Anderson, Sek Men Sultan ABD Jalil Shah, Sek. Men Tunku Abdul Rahman Putra Sabak Bernam, Gelanggang Awam Simpang Pulai, Gelanggang Awam Gopeng, Gelanggang Awam Chemor dan beberapa gelanggang lagi yang juga turut terlibat termasuk dari Gelanggang Ayer Kuning di bawah pimpinan Cikgu Mokhtar.....TERIMA KASIH SAUDARA SEGAYONG SEKALIAN.....

Di samping itu juga pihak Pihak Polis turut mengadakan pameran RAKAN COP dan mengedarkan borang pendaftaran sebagai ahli RAkan Cop kepada peserta-peserta dan orang ramai yang hadir pada majlis tersebut.

Beberapa Gelanggang telah membuat persembahan silat dalam majlis tersebut. Di antara persembahannya adalah gerakan asas, kunci mati, pentas tangan kosong, pentas parang, pentas keris, pentas lembing dan sebagainya....

Majlis telah berakhir pada pukul 5.30 petang setelah tetamu bergambar kenang-kenangan bersama pesilat.

Pihak Legacy mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.....Rapatkan barisan kekalkan silatulrahim,tanamkan UHKUWAH sesama ISLAM melalui GAYONG SERANTAU MALAYSIA


MEMARTABATKAN MELAYU, ISLAM DAN RAJA (MI'RAJ)

Salam hormat,
PSGSM MRSMPS


gambar-gambar sekitar majlis akan menyusul.........